bercakap tentang lelaki ni aq memang boleh sangat dipanggil budak gatal..start dari sekolah tadika lagi naluri kegatalan aq da mula tumbuh..ngeh3..biasala aq..pantang tengok laki cute sikit da nak minat..ok..nak cerita berapa banyak lelaki yang aq da minat..hua3..
1. AZMIN
ni boleh kata lelaki pertama yang aq minatla..time ni tadika lagi..tengok..kecik2 lagi aq da gatal..hehe..aq minat mamat ni sebab dia comel..muka dia macam ada cina-cina sikit..putih dan rambut cacak-cacak..tapi dia ada ramai lagi peminat yang seangkatan dengan aq..jadinya aq memendam perasaan jela..lagipun aq memang tak pernah jumpa dia lagi lepas habis tadika..
2. NORUL AZHAR
ok..mamat ni aq minat masa darjah 1..dia antara mamat yang paling handsomela dalam kelas aq..masa tu dia duduk depan aq..jadi aq rasa sangat teruja bila budak handsome duduk depan aq..rasa sangat teruja juga bila budak handsome berborak dengan aq..hahaha!!time tu 7 tahun baru..jadi perasaan teruja tu senang jela nak hadir walaupun mamat ni cuma ambilkan pensel aq yang jatuh atas lantai..sangat bengong..ngeh3..tapi masuk darjah 2 aq da tak minat da..
3. KHUZAIRIE
ini senior aq..aq minat dia waktu darjah 4..dan dia waktu tu darjah 5..kenapa aq minat dia?sebab kawan aq cakap dia yang suka dekat aq..wah!!time tu aq berbanggala ada orang suka dekat aq..padahal time tu kawan aq tipu aq pun tak tahu..aq ni memang cepat sangat rasa teruja..dia ni pun boleh kata cute jugala pada aq..muka chubby2 sikit..putih lagi..memang aq rasa bertambah-tambah terujala..hehe..tapi bila aq naik darjah 5 dia da pindah sekolah..jadi minat aq dekat dia pun hilangla..
4. MOHD SALEHIN
waktu ni aq darjah 5..cepat je aq cari pengganti..ngeh3..waktu ni aq kena jaga koperasi dengan dia..waktu tu dia darjah 4..muda setahunla dari aq..muka dia putih..jadi aq rasa dia pun boleh kira handsomela..aq jaga koperasi tu waktu rehat..jadi setiap hari aq tak sabar tunggu waktu rehat sebab nak jumpa dia..bayangkanla..berdua-duaan dalam kedai tu bila takde pelanggan..wah!!masa tu aq tak teruja..cuma nervous je..tak keruan..hahahaha!!az sangat gatal!!pastu tambah lagi dengan gosip-gosip liar tentang kami berdua aq rasa bertambah tak keruan bila duduk dengan dia je..hahahaha!!aq ni budak tak cukup pun nak juga..padahal mamat tu tak luahkan perasaan pun..tapi bila da naik sekolah menengah aq terus tak jumpa dia lagi da..
5. MOHD RIDZUAN
budak batch aq..masa ni aq form 2..dia takdela secute mana..biasa je..kulit agak gelap..ada tahi lalat dekat leher..tahi lalat hidup..sebab tu kot aq rasa macam tertarik je dengan dia..sengal tak?hahaha!!aq tryla nak berkenalan dengan dia..tapi dia da minat kat perempuan lain..dia pun macam agak sombong jugala..tapi waktu form 3 aq pernah hadiahkan dia coklat..tu pun sebab kena cabar dengan kawan-kawan aq yang sengal..pucat lesi muka aq..tapi lepas hadiah coklat tula aq rasa aq da tak nak minat dekat dia..sebab dia macam tak suka je..so aq tak nakla terhegeh-hegeh..
6. RAJA MOHAMAD KHAIRI
ini pun senior aq juga..tua setahun dari aq..aq start minat dekat dia waktu form 3..waktu tu malam hari koko..dia jadi tukang serve makanan..time tu aq rasa dia macam smart je pakai uniform caterer warna hijau tu..aq rasa macam dia sangat berkarisma walaupun dia hanya tolong serve makanan je..hehe..muka dia bagi aq takdela handsome sangat..tapi manis kot..ahaha!sampai sekarang pun aq masih minat dekat dia..lepas dia habis sekolah aq tak tahu nak cari dia dekat mana n macam mana..yang aq ada no telefon rumah dia je..jadi aq kehilangan dia..sekarang aq masih lagi berusaha mencari dia..eceh..macam cari anak yang hilang je aq ni..huhu..
7. ABU ARIF
dalam pada aq minat kat raja tu aq minat juga dekat mamat ni..satu kelas dengan aq..dia ni pun tak termasuk kategori lelaki-lelaki kacak..tapi aq tetap nak minat..aq tak pernah pun sekelas dengan dia sebelum ni..waktu tu aq duduk belakang sekali dengan momo..dia duduk agak jauhla dari aq..tapi dari tempat kami memang boleh nampak straight je to each other..aq perasan mamat ni selalu je tengok aq dengan momo..pastu dia duduk bisik-bisik dengan kawan sebelah dia..aq tak tahula kalau aq je yang perasan..tapi start dari tula aq minat dekat dia..dia macam agak peramahla tegur-tegur aq..tapi entah macam mana rahsia aq boleh terbongkar pula..jadi dia pun boleh tahula aq minat kat dia..dan semenjak tu aq tak pernah cakap dengan dia..malu tu...
8. NOOR REDZUAN
dia lab partner aq time dekat matrix..dia tinggi..kulit hitam manis..rambut agak pacak..tak handsome sangat pun..time dekat matrix dulu aq takdela minat dekat dia pun..sejak masuk UTM ni je aq baru minat dekat dia..tu pun lepas aq tahu dia masuk hospital sebab buah pinggang dia ada kuman..orang sakit pun aq minat..entah apa-apa entah aq ni..hehe..
9. MOHD IZZUDDIN
ni pun senior juga..aq kenal dia dalam karisma..bagi aq dia memang sangat berkarisma..comel..handsome..cute..semua ada..dia ala-ala sengal sikit..jenis yang tak kisah..sebab tula kot aq minat dekat dia..bukan minat lagi..agak obses kot..hahahaha!!kalau nampak dia je aq jadi terlebih-lebih teruja..dia memang boleh buat aq berhenti bernafas..hahahaha!!!GILA!!tapi dia da berpunya..jadi aq pun kurangkanla keobsesan aq ni dekat dia..ngeh3..
ramai tak ramai lelaki yang aq pernah minat..gila gatal aq ni rupanya..baru perasan..hahaha!!nanti kalau ada lagi lelaki baru yang aq minat aq akan cerita lagi..aq da penat taip entri panjang sangat..
Sunday, July 25, 2010
oh lelaki
Posted by atiqah zamani at 8:36 AM 0 comments
Wednesday, July 21, 2010
semester yang baru
sem baru da mula..emm..bosan sebab kena belajar..ngeh3..ok..sempena sem yang baru ni aq nak buat azam yang baru..cewah2..begitu poyo..huhu..
1. nak belajar rajin-rajin.. (sangat poyo!!)
2. nak naikkan CGPA untuk dapat first class.. (susah tu...)
3. nak dapt dean list lagi..cewah! (tinggi gila angan-angan)
4. tak nak gaduh dengan roomate.. (sebab aq memang tak de roomate..(^_^))
5. mahu kurangkan berat badan.. (lagila susah dari nak dapat first class!!)
6. tak nak bazir duit.. (hahahahaha!!!!)
ok..itu saja buat masa ni..benda lain tak dapat nak fikir lagi..masa depan masih gelap lagi..ngeh3..
Posted by atiqah zamani at 8:22 AM 0 comments
Saturday, July 3, 2010
mari memasak
aq sangat bosan duduk kat rumah..da 2 bulan aq tersadai kat rumah..tak cari kerja..tak cari pasal..jadi aq pun ciptala kerja sendiri..cuba resepi dalam majalah masakan..takdela gempak mana pun kerja ni..resepi pun resepi cilok..bukan resepi sendiri..tapi aq tetap nak kongsi gak..setakat ni da 3 resepi yang aq da cilok dari dalam majalah..resepi 1..bubur candil..aq pun tak tahu kenapa nama dia macam tu..nama pun cilok..terpaksala ikut macam dalam majalah..sukses jugala aq buat resepi ni..senang je nak buat pun..
bahan-bahan yang kena adala..
1.tepung pulut
2.santan
3.gula melaka (sebaiknya dicairkan dulu)
4.daun pandan
5.air
6.pewarna
semua bahan ni ikut suka..yela..ikut berapa banyak perut nak masuk..kalau banyak perut banyakla bahan..cewah..aq da macam ala-ala chef wanla pulak..hehehe..
cara-cara nak buatla pulak..
mula-mula uli tepung pulut dengan air..jangan banyak air..agak-agak boleh gentel bulat-bulat tu kira da okla..pas tu bahagi tiga ke dua ke ke empat ke ikut suka untuk letak pewarna..kalau banyak pewarna bahagi banyakla..kalau ada satu warna je tak yahla bahagi..diingatkan..lebih banyak warna lebih meriah..hee..hasil dia nanti lebih kurang macam nila..
meriah kan?hee..
pas da siap gentel biji-biji meriah tadi kita rebus..rebus sampai dia timbul sendiri pas tu bolehla angkat..jangan lupa tapis airnya..macam ni..
pas da siap rebus kita satukan semua bahan dalam periuk..santan..gula melaka..biji meriah..daun pandan..semua masuk dalam periuk..masak semua bahan sampai mendidih..santan kena kacau selalu untuk mengelakkan pecah santan..kalau pecah santan jadi tak sedap sangat..ok..da siap..sedia untuk dimakan..daun pandan tu bagi wangi je..jangan makan pulak..
emm..yum2..
senang je kan..budak tadika pun boleh buat ni..yang lagi dua resepi 2 aq tak ambik gambar..so tak bolehla kongsi..lain kali jela eh..hehe..selamat memasak..
Posted by atiqah zamani at 2:21 AM 0 comments
Wednesday, June 23, 2010
holiday yang sangat masyuk!!
aq baru je balik dari holiday dengan rakan-rakan..sangat best..kitorang holiday kat resort yang tak serupa resort..sangat usang..elektrik pun kena guna generator..air pun kena pam..tapi yang buat best laut dia..sangat sejuk dan nyaman dan aman dan permai dan semualah..masyuk habisan..air dia sangat jernih..sangat..sampai dayah boleh keluarkan statement ini.."air da paras pinggang pun masih boleh nampak kaki"..memang 2 thumbs up!!tempat ni kat area2 sedili..kat kota tinggi..kitorang memang tak sangkalah tempatnya macam tu..bayangan dalam kepala otak aq macam ada resort yang besar-besar dan cantik-cantik kat sepanjang jalan dilengkapi dengan taman rekreasi..tapi sebenarnya kat dalam hutan belakang pokok-pokok..bak kata kak tee.."tak sangka belakang hutan ni ada laut yang cantik"..tersembunyi habisan..cerita banyak-banyak pun korang bukan percaya..meh aq letak gambar sikit..
cantik habisan!!
matahari terbit di ufuk timur..cewah!!
kami yang seronok!!
kan aq da kata..JERNIH!!
ok da..cukup-cukup..cantik kan?laut ni memang tak ramai orang mandi..memang syok untuk buat aktiviti yang macam privasi sikit..mandi sampai tak ingat dunia pun boleh..macam kak ngah cakap.."laut ni kita yang punya"..memang kita yang punyalah..ok..aq suggest tempat ni untuk bercuti..thanks to ayah kano..pakcik noordi..sebab tunjukkan tempat ni..even kurang facility dari yang memang ada kat situ sampai yang kitorang bawak tapi holiday ni memang best..rugi ajay dan zrynn dan tenmad yang tak dapat pergi..hope lepas ni korang plan lagi macam ni..aq mahu join lagi..hee..
Posted by atiqah zamani at 5:08 AM 0 comments
Friday, June 11, 2010
saya nak jadi budak baik..
baru habis baca novel VERSUS..macam kena tarik2 nak ubah diri sendiri yang da hanyut jauh gila dari cara hidup yang betul..tapi memang susahla..selagi ada encik syaitan ni memang susah nak lawan..az..bagi alasan..ngee..
susahnyala nak berubah..susahnya nak tinggal benda2 yang da semacam sebati dengan diri..bukan tak de asas..ade je..tapi tak praktikkan..memang susah nak cari balik apa yang da hilang..apa yang da disia2kan sepanjang 21 tahun hidup kat bumi ALLAH ni..
kadang2 terasa hina je diri ni..bila sedar apa yang kita buat tu salah tapi masih juga buat..menyesal memang menyesal..tapi sebelum buat tak fikir panjang..nak menyesal pun tak guna..sekarang ni asyik teringat2 je apa dosa dulu2..ngeri bila fikir azab ALLAH kat akhirat..
tapi..tula..susanhyala nak berubah..nak tinggalkan benda2 yang macam da jadi darah daging sendiri..macam nak kena buang darah lama and gantikan dengan darah baru..darah baru yang lebih bersih dan suci..tapi mustahil kan tu..ganti darah pun belum tentu dapat ubah kita jadi baik and taat pada DIA..
nak berubah..sangat2..nak jadi atiqah zamani yang lebih baik..berjuta2 kali lebih baik dari sekarang..need helps..from others..espcially from HIM..
>>PRAY FOR ME..
Posted by atiqah zamani at 11:11 AM 0 comments
Wednesday, May 26, 2010
pesbuk?lagi?
ye memang aq takde pesbuk..aq tak berminat nak buat..aq tak berminat nak layan pesbuk..biala orang nak kate aq kuno ke pe..tapi yang penting aq tak nak buat pesbuk..jadi kepada rakan2..aq nak bagitau ni....
1. sila jangan compare aq dengan dr ramli mat yang de pesbuk tu dengan mengatakan yang dr ramli lebih maju dari aq..ia tak memberi kesan kat aq..
2. sila jangan ceramah aq pasal betapa kunonye aq sebab tak de pesbuk..aq tak terasa pun diri aq kuno hanya kerana tak memiliki pesbuk..
3. sila jangan ngumpat aq dalam hati dengan mengatakan yang aq ketinggalan zaman sebab tak de pesbuk..aq lagi suke kalau aq boleh balik ke zaman dolu2..
4. sila jangan post ape2 yang penting dekat pesbuk je..ingat2 sikit kat orang yang macam aq ni yang tak de pesbuk..
dan yang penting sekali.....
5. sila jangan paksa aq buat akaun pesbuk..sebab aq TAK NAK..
harap maklum dan paham dengan pendirian aq..
Posted by atiqah zamani at 7:25 AM 0 comments
Monday, May 24, 2010
stress out!!
dont know what to do..
dont know what to say..
dont know what to write..
just to let go all the stress out..
just to calm my mind..
just to throw away all the anger..
life is so mean..
but..
just realizing something..
that..
ALLAH takkan bebankan hambaNYA dengan bebanan yang berat sehingga hambaNYA tak mampu untuk tanggung..
so..
the feeling that i fell right now..
i take it as a simple test from HIM..
hope that HE will always be at my side..
hope that i will be HIS 'servant' in real meaning..
Posted by atiqah zamani at 8:50 AM 0 comments