bercakap tentang lelaki ni aq memang boleh sangat dipanggil budak gatal..start dari sekolah tadika lagi naluri kegatalan aq da mula tumbuh..ngeh3..biasala aq..pantang tengok laki cute sikit da nak minat..ok..nak cerita berapa banyak lelaki yang aq da minat..hua3..
1. AZMIN
ni boleh kata lelaki pertama yang aq minatla..time ni tadika lagi..tengok..kecik2 lagi aq da gatal..hehe..aq minat mamat ni sebab dia comel..muka dia macam ada cina-cina sikit..putih dan rambut cacak-cacak..tapi dia ada ramai lagi peminat yang seangkatan dengan aq..jadinya aq memendam perasaan jela..lagipun aq memang tak pernah jumpa dia lagi lepas habis tadika..
2. NORUL AZHAR
ok..mamat ni aq minat masa darjah 1..dia antara mamat yang paling handsomela dalam kelas aq..masa tu dia duduk depan aq..jadi aq rasa sangat teruja bila budak handsome duduk depan aq..rasa sangat teruja juga bila budak handsome berborak dengan aq..hahaha!!time tu 7 tahun baru..jadi perasaan teruja tu senang jela nak hadir walaupun mamat ni cuma ambilkan pensel aq yang jatuh atas lantai..sangat bengong..ngeh3..tapi masuk darjah 2 aq da tak minat da..
3. KHUZAIRIE
ini senior aq..aq minat dia waktu darjah 4..dan dia waktu tu darjah 5..kenapa aq minat dia?sebab kawan aq cakap dia yang suka dekat aq..wah!!time tu aq berbanggala ada orang suka dekat aq..padahal time tu kawan aq tipu aq pun tak tahu..aq ni memang cepat sangat rasa teruja..dia ni pun boleh kata cute jugala pada aq..muka chubby2 sikit..putih lagi..memang aq rasa bertambah-tambah terujala..hehe..tapi bila aq naik darjah 5 dia da pindah sekolah..jadi minat aq dekat dia pun hilangla..
4. MOHD SALEHIN
waktu ni aq darjah 5..cepat je aq cari pengganti..ngeh3..waktu ni aq kena jaga koperasi dengan dia..waktu tu dia darjah 4..muda setahunla dari aq..muka dia putih..jadi aq rasa dia pun boleh kira handsomela..aq jaga koperasi tu waktu rehat..jadi setiap hari aq tak sabar tunggu waktu rehat sebab nak jumpa dia..bayangkanla..berdua-duaan dalam kedai tu bila takde pelanggan..wah!!masa tu aq tak teruja..cuma nervous je..tak keruan..hahahaha!!az sangat gatal!!pastu tambah lagi dengan gosip-gosip liar tentang kami berdua aq rasa bertambah tak keruan bila duduk dengan dia je..hahahaha!!aq ni budak tak cukup pun nak juga..padahal mamat tu tak luahkan perasaan pun..tapi bila da naik sekolah menengah aq terus tak jumpa dia lagi da..
5. MOHD RIDZUAN
budak batch aq..masa ni aq form 2..dia takdela secute mana..biasa je..kulit agak gelap..ada tahi lalat dekat leher..tahi lalat hidup..sebab tu kot aq rasa macam tertarik je dengan dia..sengal tak?hahaha!!aq tryla nak berkenalan dengan dia..tapi dia da minat kat perempuan lain..dia pun macam agak sombong jugala..tapi waktu form 3 aq pernah hadiahkan dia coklat..tu pun sebab kena cabar dengan kawan-kawan aq yang sengal..pucat lesi muka aq..tapi lepas hadiah coklat tula aq rasa aq da tak nak minat dekat dia..sebab dia macam tak suka je..so aq tak nakla terhegeh-hegeh..
6. RAJA MOHAMAD KHAIRI
ini pun senior aq juga..tua setahun dari aq..aq start minat dekat dia waktu form 3..waktu tu malam hari koko..dia jadi tukang serve makanan..time tu aq rasa dia macam smart je pakai uniform caterer warna hijau tu..aq rasa macam dia sangat berkarisma walaupun dia hanya tolong serve makanan je..hehe..muka dia bagi aq takdela handsome sangat..tapi manis kot..ahaha!sampai sekarang pun aq masih minat dekat dia..lepas dia habis sekolah aq tak tahu nak cari dia dekat mana n macam mana..yang aq ada no telefon rumah dia je..jadi aq kehilangan dia..sekarang aq masih lagi berusaha mencari dia..eceh..macam cari anak yang hilang je aq ni..huhu..
7. ABU ARIF
dalam pada aq minat kat raja tu aq minat juga dekat mamat ni..satu kelas dengan aq..dia ni pun tak termasuk kategori lelaki-lelaki kacak..tapi aq tetap nak minat..aq tak pernah pun sekelas dengan dia sebelum ni..waktu tu aq duduk belakang sekali dengan momo..dia duduk agak jauhla dari aq..tapi dari tempat kami memang boleh nampak straight je to each other..aq perasan mamat ni selalu je tengok aq dengan momo..pastu dia duduk bisik-bisik dengan kawan sebelah dia..aq tak tahula kalau aq je yang perasan..tapi start dari tula aq minat dekat dia..dia macam agak peramahla tegur-tegur aq..tapi entah macam mana rahsia aq boleh terbongkar pula..jadi dia pun boleh tahula aq minat kat dia..dan semenjak tu aq tak pernah cakap dengan dia..malu tu...
8. NOOR REDZUAN
dia lab partner aq time dekat matrix..dia tinggi..kulit hitam manis..rambut agak pacak..tak handsome sangat pun..time dekat matrix dulu aq takdela minat dekat dia pun..sejak masuk UTM ni je aq baru minat dekat dia..tu pun lepas aq tahu dia masuk hospital sebab buah pinggang dia ada kuman..orang sakit pun aq minat..entah apa-apa entah aq ni..hehe..
9. MOHD IZZUDDIN
ni pun senior juga..aq kenal dia dalam karisma..bagi aq dia memang sangat berkarisma..comel..handsome..cute..semua ada..dia ala-ala sengal sikit..jenis yang tak kisah..sebab tula kot aq minat dekat dia..bukan minat lagi..agak obses kot..hahahaha!!kalau nampak dia je aq jadi terlebih-lebih teruja..dia memang boleh buat aq berhenti bernafas..hahahaha!!!GILA!!tapi dia da berpunya..jadi aq pun kurangkanla keobsesan aq ni dekat dia..ngeh3..
ramai tak ramai lelaki yang aq pernah minat..gila gatal aq ni rupanya..baru perasan..hahaha!!nanti kalau ada lagi lelaki baru yang aq minat aq akan cerita lagi..aq da penat taip entri panjang sangat..
Sunday, July 25, 2010
oh lelaki
Posted by atiqah zamani at 8:36 AM 0 comments
Wednesday, July 21, 2010
semester yang baru
sem baru da mula..emm..bosan sebab kena belajar..ngeh3..ok..sempena sem yang baru ni aq nak buat azam yang baru..cewah2..begitu poyo..huhu..
1. nak belajar rajin-rajin.. (sangat poyo!!)
2. nak naikkan CGPA untuk dapat first class.. (susah tu...)
3. nak dapt dean list lagi..cewah! (tinggi gila angan-angan)
4. tak nak gaduh dengan roomate.. (sebab aq memang tak de roomate..(^_^))
5. mahu kurangkan berat badan.. (lagila susah dari nak dapat first class!!)
6. tak nak bazir duit.. (hahahahaha!!!!)
ok..itu saja buat masa ni..benda lain tak dapat nak fikir lagi..masa depan masih gelap lagi..ngeh3..
Posted by atiqah zamani at 8:22 AM 0 comments
Saturday, July 3, 2010
mari memasak
aq sangat bosan duduk kat rumah..da 2 bulan aq tersadai kat rumah..tak cari kerja..tak cari pasal..jadi aq pun ciptala kerja sendiri..cuba resepi dalam majalah masakan..takdela gempak mana pun kerja ni..resepi pun resepi cilok..bukan resepi sendiri..tapi aq tetap nak kongsi gak..setakat ni da 3 resepi yang aq da cilok dari dalam majalah..resepi 1..bubur candil..aq pun tak tahu kenapa nama dia macam tu..nama pun cilok..terpaksala ikut macam dalam majalah..sukses jugala aq buat resepi ni..senang je nak buat pun..
bahan-bahan yang kena adala..
1.tepung pulut
2.santan
3.gula melaka (sebaiknya dicairkan dulu)
4.daun pandan
5.air
6.pewarna
semua bahan ni ikut suka..yela..ikut berapa banyak perut nak masuk..kalau banyak perut banyakla bahan..cewah..aq da macam ala-ala chef wanla pulak..hehehe..
cara-cara nak buatla pulak..
mula-mula uli tepung pulut dengan air..jangan banyak air..agak-agak boleh gentel bulat-bulat tu kira da okla..pas tu bahagi tiga ke dua ke ke empat ke ikut suka untuk letak pewarna..kalau banyak pewarna bahagi banyakla..kalau ada satu warna je tak yahla bahagi..diingatkan..lebih banyak warna lebih meriah..hee..hasil dia nanti lebih kurang macam nila..
meriah kan?hee..
pas da siap gentel biji-biji meriah tadi kita rebus..rebus sampai dia timbul sendiri pas tu bolehla angkat..jangan lupa tapis airnya..macam ni..
pas da siap rebus kita satukan semua bahan dalam periuk..santan..gula melaka..biji meriah..daun pandan..semua masuk dalam periuk..masak semua bahan sampai mendidih..santan kena kacau selalu untuk mengelakkan pecah santan..kalau pecah santan jadi tak sedap sangat..ok..da siap..sedia untuk dimakan..daun pandan tu bagi wangi je..jangan makan pulak..
emm..yum2..
senang je kan..budak tadika pun boleh buat ni..yang lagi dua resepi 2 aq tak ambik gambar..so tak bolehla kongsi..lain kali jela eh..hehe..selamat memasak..
Posted by atiqah zamani at 2:21 AM 0 comments
Wednesday, June 23, 2010
holiday yang sangat masyuk!!
aq baru je balik dari holiday dengan rakan-rakan..sangat best..kitorang holiday kat resort yang tak serupa resort..sangat usang..elektrik pun kena guna generator..air pun kena pam..tapi yang buat best laut dia..sangat sejuk dan nyaman dan aman dan permai dan semualah..masyuk habisan..air dia sangat jernih..sangat..sampai dayah boleh keluarkan statement ini.."air da paras pinggang pun masih boleh nampak kaki"..memang 2 thumbs up!!tempat ni kat area2 sedili..kat kota tinggi..kitorang memang tak sangkalah tempatnya macam tu..bayangan dalam kepala otak aq macam ada resort yang besar-besar dan cantik-cantik kat sepanjang jalan dilengkapi dengan taman rekreasi..tapi sebenarnya kat dalam hutan belakang pokok-pokok..bak kata kak tee.."tak sangka belakang hutan ni ada laut yang cantik"..tersembunyi habisan..cerita banyak-banyak pun korang bukan percaya..meh aq letak gambar sikit..
cantik habisan!!
matahari terbit di ufuk timur..cewah!!
kami yang seronok!!
kan aq da kata..JERNIH!!
ok da..cukup-cukup..cantik kan?laut ni memang tak ramai orang mandi..memang syok untuk buat aktiviti yang macam privasi sikit..mandi sampai tak ingat dunia pun boleh..macam kak ngah cakap.."laut ni kita yang punya"..memang kita yang punyalah..ok..aq suggest tempat ni untuk bercuti..thanks to ayah kano..pakcik noordi..sebab tunjukkan tempat ni..even kurang facility dari yang memang ada kat situ sampai yang kitorang bawak tapi holiday ni memang best..rugi ajay dan zrynn dan tenmad yang tak dapat pergi..hope lepas ni korang plan lagi macam ni..aq mahu join lagi..hee..
Posted by atiqah zamani at 5:08 AM 0 comments
Friday, June 11, 2010
saya nak jadi budak baik..
baru habis baca novel VERSUS..macam kena tarik2 nak ubah diri sendiri yang da hanyut jauh gila dari cara hidup yang betul..tapi memang susahla..selagi ada encik syaitan ni memang susah nak lawan..az..bagi alasan..ngee..
susahnyala nak berubah..susahnya nak tinggal benda2 yang da semacam sebati dengan diri..bukan tak de asas..ade je..tapi tak praktikkan..memang susah nak cari balik apa yang da hilang..apa yang da disia2kan sepanjang 21 tahun hidup kat bumi ALLAH ni..
kadang2 terasa hina je diri ni..bila sedar apa yang kita buat tu salah tapi masih juga buat..menyesal memang menyesal..tapi sebelum buat tak fikir panjang..nak menyesal pun tak guna..sekarang ni asyik teringat2 je apa dosa dulu2..ngeri bila fikir azab ALLAH kat akhirat..
tapi..tula..susanhyala nak berubah..nak tinggalkan benda2 yang macam da jadi darah daging sendiri..macam nak kena buang darah lama and gantikan dengan darah baru..darah baru yang lebih bersih dan suci..tapi mustahil kan tu..ganti darah pun belum tentu dapat ubah kita jadi baik and taat pada DIA..
nak berubah..sangat2..nak jadi atiqah zamani yang lebih baik..berjuta2 kali lebih baik dari sekarang..need helps..from others..espcially from HIM..
>>PRAY FOR ME..
Posted by atiqah zamani at 11:11 AM 0 comments
Wednesday, May 26, 2010
pesbuk?lagi?
ye memang aq takde pesbuk..aq tak berminat nak buat..aq tak berminat nak layan pesbuk..biala orang nak kate aq kuno ke pe..tapi yang penting aq tak nak buat pesbuk..jadi kepada rakan2..aq nak bagitau ni....
1. sila jangan compare aq dengan dr ramli mat yang de pesbuk tu dengan mengatakan yang dr ramli lebih maju dari aq..ia tak memberi kesan kat aq..
2. sila jangan ceramah aq pasal betapa kunonye aq sebab tak de pesbuk..aq tak terasa pun diri aq kuno hanya kerana tak memiliki pesbuk..
3. sila jangan ngumpat aq dalam hati dengan mengatakan yang aq ketinggalan zaman sebab tak de pesbuk..aq lagi suke kalau aq boleh balik ke zaman dolu2..
4. sila jangan post ape2 yang penting dekat pesbuk je..ingat2 sikit kat orang yang macam aq ni yang tak de pesbuk..
dan yang penting sekali.....
5. sila jangan paksa aq buat akaun pesbuk..sebab aq TAK NAK..
harap maklum dan paham dengan pendirian aq..
Posted by atiqah zamani at 7:25 AM 0 comments
Monday, May 24, 2010
stress out!!
dont know what to do..
dont know what to say..
dont know what to write..
just to let go all the stress out..
just to calm my mind..
just to throw away all the anger..
life is so mean..
but..
just realizing something..
that..
ALLAH takkan bebankan hambaNYA dengan bebanan yang berat sehingga hambaNYA tak mampu untuk tanggung..
so..
the feeling that i fell right now..
i take it as a simple test from HIM..
hope that HE will always be at my side..
hope that i will be HIS 'servant' in real meaning..
Posted by atiqah zamani at 8:50 AM 0 comments
Tuesday, April 20, 2010
bile sudah digelar D.O.R.A.E.M.O.N
an an an..~~~~~~doraemon..(aq x hafalla lirik die)..ngee..aq da dapat nick name baru dari die..doraemon..ye..doraemon..sebab pe??adakah sebab aq ade kantung ajaib yg ade macam2 bende??owh..mestilah bukan..jawapanny sebab aq da makin...........GEMUK..!!ngee..yup!die panggil aq doraemon sebab aq da makin gemuk..menurut mate die..kejam tak kejam die..boleh panggil orang tersyang macam tu..
siyes..mase die panggil aq macam tu aq down gile..sedih cam nak nangis pun ade gak..touching jap..tapi aq senyum je kat die..dalam ati sape tahu..berani die panggil aq macam 2..aq punyela cun tahap tak ingat bile jumpe dengan die..tapi die panggil aq doraemon..gemuk sangat ke aq??(tibe2 baru terpikir)
pasal ape aq cube nak gemuk??pasal die gak..die gak yg menggalakkan..die kate "gemukla sikit..ni tak..kurus je..bontot pun takde"..(terpaksa gune bahase kasar..sebab tiru dialog orang..ngee..)macam manela aq tak dapat semangat nak menggemukkan diri..tapi bile da nek sikit badan aq die boleh komen macam2 pulak..ish..bengang gak aq..
jadi..atas komen2 die yg tak membina langsung aq pun memulakan langkah2 drastik menguruskan balik badan aq..
1. nasi tengahari telah dikurangkan dari 3 senduk kepada 2 senduk sahaja..tu pun buang2 lagi sikit..
2. mengharamkan diri sendiri daripada makan makanan tambahan seperti beger ketika tengah malam..
3. tidak membenarkan diri sendiri daripada menghabiskan makanan orang lain walaupun disogok dapat suami soleh..
4. membuang tabiat tidur selepas makan..(tipu sangat..ngee..)
tengok..betapa susah payah usaha aq nak kurus balik..kepada henchik ajib..sila jangan komen bentuk badan saya lagi..saya jadi gemuk sebab awak ok..jadi kurus balik pun sebab awak..ada paham??
aq dulu..(kot..ngee..)
aq latest..
**takde beza kan??
Posted by atiqah zamani at 7:01 AM 0 comments
Friday, April 16, 2010
deleting processes failed!!
sebab da gne tjuk dlm bi entri kli ni nk dalam bi gak..bukan pe..in the way to improve my english..(^_^)
ok..a few days ago he asked me to delete all my memories..not memories in my laptop or my handphone..but in my head and in my heart..all my bad memories that i had gone through before this..that was not simple..after many years i've grown up with that memories but he asked me to delete it all..i tried..but still failed..
no..it doesnt mean that i dont want to delete it..but i still cant forget it..how they said bad things of me in front of me..how my best friend joined them and made me cry..i will never forget that..she supposed to defend me..but what had she done??
but now..when sometimes i remembered about that again..no more tears..but deep inside my heart i hate them..really..eventhough a few times i missed them but i dont want to meet them again..they hurt me the most..
when i told him my story he didnt agree with me..he asked me to forget it..he asked me to start with new life with new happy memories..for me i think bad memories suit me better than happy memories..he himself also gave me more bad memories..so how can i forget the old one if he always add a new one..
i still remember the day i cried at the stairs in front of the school office..and now i still cry alone in my bed..only HE knows..and HE had gave me some strength to go through all the sadness and all the hardness..i hope that HE will always be at my side forever..
p/s: sorry for my broken english..
Posted by atiqah zamani at 7:40 PM 0 comments
Thursday, April 15, 2010
ape yg kau bebel pakcik??!
Paper oc da berlalu..seronok..huhu..ceh..macamla 2 final paper..ade lagi due papers ok..hehe..tapi memang tak boleh lupe mase time is out tadi..pakcik 2..padahal lecturer..tapi nak panggil pakcik jugak..sebab die da buat aq bengang..
Aq tak tahu pe masalah pakcik 2..tibe-tibe je nak marah-marah..aq lambat ikat kertas 2 bukan aq suruh die tunggu tepi meja aq pun..die blah je kutip kertas orang lain..yg aq tension sebab die bebel pe ntah..hello pakcik..da memang kerja kau macam tu kan..tak perlula kot nak bebel2..pastu konon nak marah-marahla..series benci tengok muke pakcik 2..pakai songkok macam alim..tapi marah-marah orang tak tentu pasal..pakcik..senyum tu kan sedekah..pe salahny senyum kat aq..dala kertas tu nak ikat pn buat masalah..bukan aq sengaja nak lambat-lambat..
Yg paling aq bengang die amek kertas aq mase tu..kasar..main rampas macam tu je..series terus menyampah gile kat pakcik tu..rase macam nak sepak-sepak je..da kerja die memang macam tu kan..memang tanggungjawab die kan kutip kertas tu..memang salah aqla kot lambat..tapi die pun kenala tunggu..dengan senyuman..barula aq semangat sikit nak ikat kertas 2..ngee..takde kena mengena kot ngan senyuman pakcik tu..nasib baik pas ni da tak jumpe die lagi da..kalau tak mesti berbakul-bakul kate-kate ‘pujian’ tok pakcik tu aq sedekah..harap pas ni tak jumpe die lagi..tak mau..
Posted by atiqah zamani at 4:50 AM 0 comments
Saturday, April 10, 2010
iman vs nafsu
aq selalu menghadapi situasi2 macam ni..
iman: az..jangan jumpe ajib lagi..2 kan boleh mendekati zina..
nafsu: az..kau kan rindu kat ajib..pegi jela jumpe dy..bukan buat pe pn..
iman: az..jangan bagi ajib pegang tangan kau..haram hukumny pegang tangan lelaki bukan muhrim..
nafsu: az..ajib pegang tangan kau 2 sebab nak tunjuk dy sayang kat kau..bukan buat pe pn..
*what the....banyak je lagi kot care nak tunjuk kasih sayang..az memang sengal..
iman: az..cube jangan manja2kan sangat suare 2 kalau bercakap dengan ajib..2 pn salah satu zina kecil..
nafsu: az..manjakan lagi suare kau 2..bia ajib tahu kau 2 pompuan ayu..
*lagi satu kesengalan az..takkan nak tunjuk ayu kena manjakan suare je..az memang rosak..
iman: az..tak yahla pegi umah ajib 2..kan tak elok..tak manis kalau orang tengok..kau belum de pe2 lagi ngan dy..
nafsu: az..ape salahny pergi umah dy..bukan berdua-duaan pn..mak ayah family dy sume ade kan..lagipun tak salah kan kalau kenal ngan family dy..family dy pn nak jugak kenal kau..
iman: az..sudah-sudahla 2 ingat kat ajib 2..tak elok ingatkan laki bukan muhrim..ibu ayah kau tak ingat selalu pn..
nafsu: az..ajib tengah buat pe sekarang agakny ye..kau tak ingat kat dy ke?kang pe2 jadi kat dy kau tak risau ke?
iman: az..berhentilah menangis kerana ajib..kenape mesti nak nangis kerane seorang manusia?kan lagi elok menangis menyesali dosa2 kau..
nafsu: az..sekali ni je kau nangis sebab dy..pas ni da tak da..nangisla puas2..nangisla lagi..
iman: az..kenape masih teruskan hubungan dengan ajib?kau kan tahu couple 2 haram..kenape masih nak buat jugak?
nafsu: az..kau tak buat pe2 pn..cume bercinte je..salah ke?lagipun kau kan nak tolong ubah care hidup dy..baek pe niat kau 2..
*mane de aq ubah care hidup dy..dy yg banyak pengaruh aq adela..sebab 2 aq makin rosak..
iman: az..ALLAH nampak pe yg kau buat!!
nafsu: ~~~~~
*nafsu kalah 100%..yes!
iman: az..kenape sayang manusia lebih-lebih sangat?manusia akan mati az..hanya ALLAH yg kekal..
nafsu: az..kau da susah nak lupekan dy..kau da susah nak kikis perasaan sayang kau 2 kat dy..kau da tak boleh patah balik..
*ni yg paling susah nak kalahkan..huuu..
nampak situasi aq?iman aq memang susah nak menang 100%..sebab nafsu aq menguasai lebih separuh dari diri aq..selameny ke aq akan tersepit dalam situasi macam ni???
Posted by atiqah zamani at 3:15 AM 0 comments
Thursday, April 8, 2010
my day
memangla hari ni antara hari2 yg tak best dalam hidup aq..sangat tension dan sangat sedih..sangat bosan dan sangat tak tahu nak buat ape..even buku hubungan etnik melambai2 minta dibaca..huhu..ayat nak sastera azack..power!!haha!!
tapi seriously memang sangat tak best hari ni..dari tengahari tadi call him tak angkat2..bosan..geram..rasa cam nak hempas je handset ke lantai simen beralaskan tikar getah pink kat bilik aq ni..nasibla handset 2 hargany bukan seringgit dua..adoiiiiii...
pas 2 tambah pulak dengan masalah kolej..dengan mereka2 yang tak pernah sedar kewujudan aq..yg merasakan kewujudan orang lain adalah sangat jauh lebih penting dari aq..yg tak sedar betapa aq terkilan dan terguris dengan setiap kata2 dan pertanyaan mereka..tapi tak pe..aq akan mengalah..aq sedar betapa kewujudan aq tak dihargai..betapa aq tidak diinginkan kat situ..
huhu..nape blog aq ni hanya diisi dengan cerita sedih?aq pun tak faham..untuk pengetahuan aq bukan orang yang selalu murung k..cuma bila aq sedih aq tak tahu nak cite kat sape..sebab 2 kot tulis dalam blog..ada paham??!and now i am really sad (-.-) (macam gambar orang sedih kot ni..huhu)
Posted by atiqah zamani at 3:57 AM 0 comments
Saturday, March 20, 2010
rase kehilangan itu....
macam mane raseny kalau kehilangan orang tersayang??baru2 ni sahabat aq kehilangan ibu tersayang..ALLAH..pedihny..kalau aq kt tempat dy aq x tahu aq mampu bertahan ke x..aq tengok sahabat aq ni sangat tabah..sangat..cemburuny aq..aq ni setakat hilang pakwe yg masih hidup pn melalak macam ape..tapi dy..hilang ibu buat selama-lamany..macam mane dy boleh setabah itu..aq rase aq masih belum bersedia lagi untuk menghadapi kehilangan macam tu..aq x mampu untuk jadi setabah tu..dengan aq yang banyak dosa lagi kat ibu ayah aq..teringat baru2 ni aq sakitkan ati ayah aq..macam manela kalau dy pergi tapi aq tak sempat nak minta maaf..aduhai..aq tak sanggup nak bayangkan..semoga ALLAH panjangkan umur ibu n ayah..
Posted by atiqah zamani at 9:10 AM 0 comments
Saturday, March 6, 2010
rindu mereka..
umor aq sekarang 20++..hehe..rahsie negare 2..ceh!padahal memang da tue pn..ngku jela azack oi..hehehehe..bile usia makin bertambah kawan2 pn makin bertambah..kawan zaman tadika..kawan sekolah rendah..menengah..matrik..sekarang utm plak..tapi yg paling aq rindu kawan sekolah menengah kot..kenape ek??
tapi aq rase sebab utame dy aq rase waktu zaman sekolah menengah aq belajar kenal dunia..balajar tok jadi matang..padahal sampai sekarang pn masi belum sampai tahap matang 2..huhu..tapi siyesla..memang betul..aq belajar kenal hidup kt sekolah menengah 2..sekolah menengah kebangsaan agama johor bahru..huhu..ramai x caye 2 kalau aq sebut agama 2..tapi memang banyak aq belajar kt sekolah 2..bekajar care hidup seorang islam walaupun aq masih belum praktikkan lagi sebab aq rase makin ari makin rosak..huhu..
kt sekolah 2la aq kenal mereka2 yg satu kepala ngan aq..yg kepala tak betul..kepala yg macam ade skru tercabut..yg 3/4 betul..huhu..aq memangla sangat rindu kt mereka..masing2 perangai pelik2..tapi 2la yg buat kitorang kamceng sampai sekarang..aq rase perkenalan 2 macam sangat singkat..mule2 berdue..pas 2 ber5..last2 ber9..
cepat je mase berlalu..da abes da sekolah menengah..rindu..da susah nk lepak2 balik cam dolu2..lepak kt dewan makan borak2 bergelak ketawa sampai kena daring ngan senior..even terpisan kelas setiap tahun pn still makan samela..bukak pose same2..buat gempak siap bukak pose paling awal..lepak kt sr..borak..gelak ketawa..riang ria suka hati..kutuk mengutuk..gosip mosip sume..walaupun tahu sr 2 tempat tok study..maen hujan..maen cop tiang..baling selipar..seronok habis..macam kanak2 x de masalah..yela..time 2 pn memang zaman kanak2 pn..sekarang da dewasa..sekarang pn kalau gelak kuat2 kt pizza da kena daring ngan orang asing tah sape2 tah..
memang rindu zaman 2..waktu 2..mase 2..saat 2..macam nak ulang balik mase 2..kenangan 2 memang sangat bergarga..far..kano..kak ngah..zryn..dayah..ten mad..ajay..uteen..n aq..kitorang best freind ever..even suke or duke..that's the promise..our promise..
Posted by atiqah zamani at 7:20 AM 0 comments
Wednesday, February 24, 2010
mari kita sama2 belajar..
sejak aq melangkah kaki ke utm ni setahun lepas banyak benda aq belajar..selama 2 tahun aq kt utm ni banyak perkara baru yang aq patut tahu patut belajar..mari kita sama2 belajar k..
1. banyak buku motivasi ajar kebaikan mengalah..mengalah ni bagus untuk megelakkan permusuhan..semakin banyak mengalah semakin matangla diri kita ni..tapi kat sini aq belajar semakin banyak kita mengalah semakin banyakla orang akan pijak kepala kita..semakin banyak mengalah semakin bodohla kita di mata orang..
2. orang juga bnyak cakap yang meminta maaf itu baik..memaafkan orang juga satu keperluan..kemaafan tu bak kata orang dendam yang terindah..indahny sebuah kemaafan itu apabila ia dihargai..tapi kat sini aq belajar meminta maaf itu membuktikan kekalahan..memnta maaf itu mampu menjadi bahan jenaka dan kebanggaan bagi orang yang diminta kemaafanny..kira dalam bahasa mudahny orang yang minta maaf ni macam badutla..jadi bahan ketawa je..
3. ustazah aq pernah cakap kalau kita nak orang jaga hati kita maka kita kenala menjaga hati orang dulu..kira macam sesama menjagala..tapi kt utm ni lain..semakin banyak hati yang kita jaga semakin banyakla orang yang akan pecah bederaikan hati kita..terutamany orang yang paling kita jaga hatiny..orang tu jugala yang akan menghiris, memotong, membelah, menjahanamkan hati kita..
4. orang kata kalau banyak berkawan hidup kita akan jadi lebih happy..semakin ceria dan kita boleh bersuka ria bersama-sama..bergelak ketawa beramai-ramai..tapi kt sini benda yang aq belajar semakin banyak kta berkawan semakin banyak air mata kita akan tumpah..semakin banyak kesedihan yang kita kena tanggung..dan penyebabny ialah KAWAN..
5. orang pandang pelajar universiti ni matang2 belaka..pemikiranny maju ke depan..takde lagi yang fikir hal remeh temeh..takde lagi yang berperangai macam budak tadika..tapi kt utm ni budak tadika pun boleh kalah..dulu kt tadika kalau gaduh dengan kawan tu at least ade juga yang nak kawan olok2..tapi kt utm ni kalau kita gaduh dengan kawan sampai hujung nyawa pun mampu kalau tak bertegur sapa..jangan harapla dapat bermesra macam dulu selagi tidak meminta maaf atau memujuk..
6. ni yang paling aq ingat..ustazah aq cakap kita jangan panggil nama orang ikut suka hati kita kalau orang tu tak suka..jangan panggil dengan panggilan yang hina..tu yang aq paling ingatla..tapi kt sini kita boleh panggil orang ape je..even orang tu tak suka ke apa..kita boleh panggil dengan panggilan ba** ataupun ci***..memang boleh rasa cam diri sangat hebat kalau panggil macam tu sebabny kita boleh tukar seorang manusia menjadi seekor ba**..
wah ni kalau nak taip semua benda yang aq baru belajar ni mau sampai tahun depan tak habis..tapi korang fikirla sendiri UTM ni banyak mengajar benda baik ke benda yang 'sangat baik'???
Posted by atiqah zamani at 8:14 AM 0 comments
Thursday, January 21, 2010
test...lagi
test week datang balik..tyme nila aq tengok semua orang kemaruk bace buku..tyme nila baru orang nak tido ngan buku..kalau hari2 biase buku tu hanya tok jadi tatapan umum je..huhu..dalam sibuk2 nak test ni aq masih sempat lagi nak mengarang kat sini..bukan pe..sekadar nak membuang stress menggunung..masuk minggu test ni aq rase stress aq makin memplus2kan diriny..aq rase maybe 4 ke 5 kali ganda dari stress hari2 biase..bukan stress nak kene cover banyak bende ke pe..tapi stress tengok orang lain study..huhu..kadang2 penat mate tengok orang ke hulu ke hilir bawak buku..panas telinge dengar orang tanye macam2 kt member2 meraka..huhu..aq nak test ni abes cepatla..bukan pe..tak sanggup nak tanggung stress yang berganda2 ni..hehe..
Posted by atiqah zamani at 7:27 PM 0 comments
Thursday, January 14, 2010
obses!!
aq sangat obses dengan seseorang..sangat!!aq pun tak tahu sebab pe..aq semacam nak jadikan die kekasih aq..hahahaha!!!walaupun aq tahu iany sangatla mustahil..kerana die telah BERPUNYE!!huhuhu..
aq pun tak tahu sejak bile aq mule mengOBSESkan diri aq kat die..tapi aq rase sejak kursus asas fasilitator ktdi..pas dr 2 aq rase semacam bunge2 chenta mule berputik dalam diri aq..cewah!!sangat poyo kejiwangan aq ni..aq rase aq pasti akan dipancung kalau enchek ajib tahu..huhu..ampunla..
keobsesan aq ni memang tahap melampau..even dapat tengok belakang die pun aq rase aq da sangat excited..haha!!GILE!aq sampai hafal no plat motor die..RD4447..haha!!memang GILE!!aq pun tak tahu nak control keobsesan aq ni cam ne..
ok2..sekarang ni aq rase aq kene stop dreaming..n aq rase mulai ari ni aq kene doakan kebahagiaan die dengan kekasihny..huhu..peritny keyataan..
Posted by atiqah zamani at 6:49 AM 0 comments
Wednesday, January 13, 2010
cry..
I'm not the type to get my heart broken
I'm not the type to get upset and cry
'cause I never leave my heart open
Never hurts me to say goodbye
Relationships don't get deep to me
Never got the whole in love thing
And someone can say they love me truly
But at the time it didn't mean a thing
[Chorus:]
My mind is gone, I'm spinning round
And deep inside, my tears I'll drown
I'm losing grip, what's happening
I stray from love, this is how I feel
This time was different
Felt like, I was just a victim
And it cut me like a knife
When you walked out of my life
Now I'm, in this condition
And I've, got all the symptoms
Of a girl with a broken heart
But no matter what you'll never see me cry
Did it happen when we first kissed?
'cause it's hurting me to let it go
Maybe 'cause we spent so much time
And I know that it's no more
I should've never let you hold me baby
Maybe why I'm sad to see us apart
I didn't give to you on purpose
Can't figure out how you stole my heart
[Chorus]
How did I get here with you, I'll never know?
I never meant to let it get so, personal
And after all I tried to do, to stay away from loving you
I'm broken heart and I can't let you know
And I won't let it show
You won't see me cry
[x2]
This time was different
Felt like, I was just a victim
And it cut me like a knife
When you walked out of my life
Now I'm, in this condition
And I've, got all the symptoms
Of a girl with a broken heart
But no matter what you'll never see me cry
All my life...
Posted by atiqah zamani at 4:18 AM 0 comments
Tuesday, January 12, 2010
changes
i start to hate crowds..
i start to hate all the noises..
i start to hate talks..
i start to hate 'friends'..
FAKE!!
that are fake!!
and i'm sick of it!!
really..seriously..damnly..
now..
i start to love loneliness..
i start to love being alone..
i start to love hating..
i start to love 'enemies'..
and i love all the changes..
i start to cry in my heart..
i start to scream in my soul..
i start to get rid of all this pain..
alone..
i need someone..
someone to help me out from this feeling..
someone to save me from this pain..
someone to let me go from all the sadness..
someone to wipe out all my tears away..
please..
listen to me..
listen to my heart..
it's already cracking..
Posted by atiqah zamani at 8:32 PM 0 comments
Sunday, January 10, 2010
cukupla tu..
cukup2la KAU sakitkan ati aq..cukup2la KAU lukekan ati aq..cukup2la KAU koyak rabakkan ati aq..cukup2la tu..aq da sangat sakit..terlalu sakit..kenape sume tu yang kau bagi kat aq??aq juge nak perhatian..aq juge nak dilayan mesra sebagai seorang teman..aq juge nak disayangi sebagai seorang insan..salah ke aq meminta tu sume dari KAU??aq cume nak dapat pe yang aq da beri dari kau..salah ke??
KAU1..aq tapis kate2 aq bile bercakap ngan kau..seboleh mungkin ati kau aq ingin jage..sebaik mungkin perasaan kau aq ingin hormati..tapi itu yang kau beri..itu yang aq dapat balik..kesakitan aq sendiri..kau tahu kenape aq selalu diam bile aq bersame kau sekarang??sebab aq tak nak lagi menyakiti kau..aq ingat kau teman sejati..teman yang memahami..setahun da kite bersame..tapi sakit itu juge yang kau hadiahkan kat aq..kenape??
KAU2..sikap kau sekarang buat aq sangat benci kat kau..kau berat sebelah..aq boleh rase walaupun aq tahu bukan niat kau..tapi sumpah aq cakap aq sangat terkilan dan terase dengan care kau..bile aq ajak kau makan bermacam alasan kau bagi..tapi bile orang lain seboleh2ny kau nak tunaikan..teman macam ape kau ni??maaf aq kasar..tapi ati aq terlalu sakit..ati aq terlalu marah..ati aq sedang menangis tapi kau tak pernah tahu walaupun sebabny berpunca dari KAU!!
KAU3..kau buat aq macam takde perasaan..kau buat aq macam aq tak pernah tolong kau..tak pernah bantu kau..tak pernah mengurangkan sedikit beban kau..bukan aq nak mengungkit..tapi sedarlah sedikit pertolongan aq pun tak pernah kau hargai..kau hadiahkan aq dengan cacian..kau hadiahkan aq makian..atas kesalahan aq yang tak seberapa besar pun kau boleh anggap aq macam B___..layak ke kau dipanggil teman??layak ke kau disayangi??sedangkan sayang aq sebelum ni kau hancurkan..sakit..perit..aq tanggung sendiri..sedang kau ketawa suke atas kesedihan aq..atas kesalahan aq..layak ke kau digelar TEMAN??!!
KAU4..kau sentiase ade bile aq perlu..kau sentiase dengar luahan aq..aq senang bersama kau..aq anggap kau teman aq..aq senang bile bersame kau..aq mahu kau sentiase di sini..di sisi aq..tamakny aq..aq mahu kau menyayangi aq lebih lagi..aq mahu itu dari kau..salah ke aq??
KAU5..kau tidak memahami..tak mengape..aq mengerti..kerana ade sesuatu yang menjarakkan hubungan kite..aq cume mahu menumpang sedikit perhatian..sedikit sayang..sedikit kasih..sebagai seorang teman..
aq sedar kehadiran aq hanye mengganggu komunikasi dan perhubungan antara mereka..aq pun tak nak jadi macam tu..tapi ape boleh aq buat..aq hanye insan biase..yang hidup atas kasih sayang ALLAH dan orang lain..aq juge ingin disayangi seperti orang lain..aq juge mahukan perhatian dan layanan yang sepatutny..salah ke aq???walau ape pun yang KAU da buat aq tetap maafkanny..aq simpan sendiri dalam ati..janganla KAU risau..kerana ia akan tetap tersimpan dalam ati dan tak akan pernah terluah.....
Posted by atiqah zamani at 7:38 PM 0 comments
nak ke tak nak??
aq sangat nak ade anak..naluri keibuan aq ni da macam nak terserlah da..cewah..perasan tahap x sedar diri..huhu..tapi memang teringin sangatla nak ade sepasang baby kembar..musti kiut2 cam aq gak..hahahaha!!(n seekor lalat pun masuk mulut..huhu)
tapi masalahny bile aq bace paper ke magazine ke banyak sangat kes2 bebudak zaman sekarang ni..nak cari budak yang baik cam aq ni da susah da zaman sekarang ni(perasan lagi..huhu)tetibe je aq rase macam tak nak lahirkan anak..sebab takut anak aq jadi samseng(nak sebut pn gerun)..aq takut aq lahirkan seorang lagi muslim yang rosak akhlak cam aq(kali ni memang series)..aq takut aq lahirkan seorang lagi penghuni neraka..MASYAALLAH!!mintak dijauhkanla..
sekarang ni aq pum masih berpikir-pikir lagi..nak kahwin ke tak..kahwin sunnah nabi..tapi kalau kahwin takut rumahtangge goyah..kalau kahwin nak anak ke tak..anak memberi rezeki..tapi kalau ade anak belum tentu jadi anak yang soleh..huhu
tetibe aq tersedar..nape aq tulis pasal kahwin ngan anak..aq da gatal sangat nak kahwin ke ape ni???oh tidak......!!!
Posted by atiqah zamani at 7:17 PM 0 comments